Gath SLV Penang 222 June.

Assalamualaikum. It's 8:09 am now. And i'm sitting here at mekong sambil mendengar lagu2 favorite yang aku savekan dalam acc youtube aku. Dan hari ni hari last aku cuti setelah 3hari berehat dan dua hari di penang.

Hampir 2jam menunggu ekin dan messi dan haziq kat rumah, dalam jam 3lebih dorang pun sampai. Bagaikan artis yang sedang siap sedia untuk buat show di penang pula melangkah kaki ke kereta oyen ekin. Dengan berbekalkan beg kampung dan sweater di tangan dan di duduk di seat belakang macam dato bandar, kami memulakan perjalanan. Sebenarnya aku nak turun makan sebelum dorang sampai tapi apakan daya, buka pintu rumah dorang pun sampai. Dari kuala lumpur memulakan perjalanan hingga ke R&R sungai perak, rehat sekejap buat apa yang patut, date dengan toilet, jumpa dengan encik roti dan cik minuman serta bertemu dengan brader haziq. Kemudian perjalanan bersambung kembali menuju ke Parit buntar untuk amik vida beserta kereta mewahnya anzalna, ke alza? Tapi yang hantunya masa kat R&R sungai perak puas aku dan messi duk call dia tak angkat2, yang angkat perempuan mana tatau. Pekerja maxis mungkin, bersangka baik. Kerana wanita di maxis suka jawabkan panggilan orang2 lelaki. Agak paneh dengan vida yang tak reti angkat panggilan kami gerak terus menuju ke penang. Baru je gerak baru dia nak call balik dan katanya suruh tunggu kat Jawi. Tataulah jawi tok kadi ka, R&R jawi ka ntahlah. Dan tiba2 dia tunggu dekat Bakap plak. Aku tatau apa beza jawi dan Bakap (bakap kan vida? Ke bekap? Ke pekan? Aku lupa kah3) Kononnya tunggu toge katanya, toge tak sampai2. Dalam perjalanan kami di sajikan dengan coki2. Agak berjam2 menghadap jalan raya yang penuh dengan pelumba2 kereta yang lain, kerana pada malam sabtu tu ada perlawanan bola antara siapa vs siapa aku tatau, jubuq ni pun dah sakit, driver pun dah penat.



Setelah sampai ke destinasi yang ingin di tuju iaitu Butterworth, kami menuju ke rumah pakngah tapi tiada orang. Kemudian kami tunggu di homestay yang pernah kami duduk setahun lepas pada hujung 2012. Tapi tiada siapa, yang ada kat situ. Yang ada hanya aku, ekin, messi, haziq, kawan haziq, toge dan vida. Gath apakah ini? Krik krik pada mulanya. Kemudian bekas Penang taiko Aizat cendoi A.K.A Konopi atau nama manjanya Pakngah pun muncul. Bersalaman berpelukan kiri kanan kami. Penat pakngah yang baru balik dari kerja terus jumpa kami. Terima kasih pakngah. Sementara menunggu pakngah siap kerja dalam masa 40minit, kami duduk makan kat cha kuew tiaw tepi corner tu, cha kuew tiaw corner mungkin. Sampainye di penang tetapi status nye kok di update dalam indonesia haha lol joke. Kakak penang mai amik order kami ber8 pun dah pening haha macam2 hal. Sedang duk borak2 hero gadis dan pembantunya yang ala2 Shark pun sampai. Oliey tot dan Asyraf (Cerap). Dengan comelnya Oliey menutup muka dengan helmel kura2 beliaw. Ahli Ultraman sedang bercuti mungkin, bersangka baik. Belom sempat salam dan duduk oliey dah kena bahan hahah harap maafkan kami oliey, jumpa pun susah. Duduk punya duduk messi di bahan, oliey di bahan vida, vida di bahan haziq, haziq di bahan aku, aku di bahan haziq, toge di bahan aku dan vida, masing2 berbahan masing2 sehinggalah kemunculan debab yang di tunggu2 Afiq Aiman. Dengan kereta baru dia mercedes gen dia, dan tapaweh kenduri dia, muncullah dia seakan hero melayu hahaha. Makanan malam pertama kami di belanja oleh Vida President Hero Gadis, kalau tahu dia nak belanja, aku tibai cha kuew tiaw 3pinggan hmmm. Terima kasih vida. Kami gerak ke rumah pakngah untuk menunggu sesiapa yang mungkin bakal muncul pada malam itu, mungkin juga tidak tetapi memang betul, hero yang di tunggu2 iaitu Aaron Ajis A.K.A Mamu Bob atau lebih di kenali sebagai Ultraman naik basikal tak pakai helmet sampai dan Darth Vader A.K.A Razer . Bagaikan hujan mutiara jatuh di atas riba bila mereka sampai hahah. Dalam sedang kami gelak ketawa di luar depan rumah pakngah, kak shima iaitu isteri pakngah menyediakan kami makanan dan minuman malam untuk kami dan menjemput kami makan malam di rumahnya juga makan tengahari di rumahnya besok. Penat lelah pakngah balik kerja layan kami yang karenah ni, terima kasih pakngah dan kak shima.



Kami pun dah lama sebenarnya nak jumpa puteri pakngah, tapi bila si afiq dukung anak pakngah secara tiba2 anak pakngah menangis. Adakah beliau di dukung oleh gergasi? Kemudian anak pakngah di ambil alih messi dan ekin. Sedang2 minum macam biasa let us take a selfie. Mamu malu2 kambing pula tanak bergambor. Selesai makan malam kat rumah pakngah, semua pakat nak p makan nasi ganja dekat mana aku lupa nama jalan. 3 kereta dan 3 motor memulakan perjalanan ke nasi ganjaq. Ada orang tu nak merasa nasi ganjaq haa pekiaq bak hang hahah. Sampai kat nasiaq ganjiaq tu, mik hang beratur panjang kata kau. Table pun amik belah dalam sana nu.






Dengan berbekalkan mata yang mengantuk dan badan yang letih aku menuju ke meja makan untuk tidoq, bukan untuk makan. Yelah, badan dah letih mana hang fikir perut lapaq ka apa ka, yang penting tidioq dalam pala otak hang. Tapi takkan nak tidoq kan, order jelah air kat bangla ni. Sat2, kedai mamak awat bangla kerja? Amboi koajaq na, bangla yang order ayak pun bukan main duk geleng kepala macam duk layan lagu club. Aku order nescafe ais kaw2, dia duk perli nescafe ais kaw kaw kaw kaw. Pala apak hang.  Mana yang nak makan nasi ganja tu duk sedap makan tapi aku dengan razer duk cita pasal gusti. Al maklum, bila buku bertemu luas, gustilah ceritanye. Tiket wwe kuala lumpur hang dah beli ka? Agak2 siapa juara kat MITB nanti? Celaka seth rollins khianat Ambrose ngan Roman. Lahawaw betui na haishhh hahah. But 2nd, don't forget to take a selfie. Makan malam kedua kami di belanja oleh Aron Ajis A.K.A Mamu. Dalam diam2 dia p bayaq. Macam biasa, kalau aku tau mamu nak belanja, aku p makan dah koh3 dok ehh, kawe ngantuk banget. Terima kasih mamu. Setelah selesai makan nasi ganja, ada yang nak p pantai, kami pun p lah pantai. Tapi ada yang dah balik, mamulah orangnya. Lepak di tepi pantai sambil melayan angin sepah2 bahasa ni memang sedap. Yang sorang tu duk jalan hujung ke hujung, ukur jalan pantai mungkin. Yang sorang video insta bertajuk "Ketenangan" Yang dua orang lagi tu amik gambar belakang, model biasalah.




Kemudian duduk sambil borak2 dengan razer dan toge lagi. Topik macam biasa Gusti. Kenapa cena sekarang noob? Aku tanak dia jadi champion. Kalau boleh biar Bray Wyatt ka, Cesaro ka, Roman Reigns ka kan. Baru syokk kah3 haram jadah betui. Masa pun dah masuk 6 lebih dah boleh lah p sarapan. Makan lagi tu bak hang hmm. Apa lagi, menuju ke destinasi kedai yang di tuju ntah apa namalah. Mamat alza ni bawak kereta kejap bagi signal kiri kejap kanan. Pariappa betui. Ketawa berdekah aku ngan afiq haishh. Ekin tidioq dalam kereta, letih. Duk sedap2 makan ekin punya monopod atas kepalda tempat letak fon dia hilang. Apakah yang mungkin terjadi kepada ekin bila dia dapat tau barang dia hilang? A. Jadi Hulk? B. Mengamuk? C. Abaikan cita ni sebab benda tu duk dalam kereta afiq. Selamat aku. Tapi tak lupa untuk bagi tau sarapan pagi kami di belanja lagi sekali oleh bangla mabuk laut Vida. Terima kasih vida. Selesai sarapan kami gerak ke rumah pakngah, tapi dalam perjalanan ke rumah pakngah tayar kereta haziq bocoq, tulah dah kata jangan bawa laju nak juga bawa laju. Semua turun untuk tolong tukar tayaq kereta haziq. But untuk kali ke4, let us take a selfie. Bomoh ye afiq hehe.





Siap tukar tayat kereta haziq kami sambung perjalanan ke rumah pakngah. Aku membuta kerana aku letih. Sampai2 rumah pakngah hantu raya afiq kejut pakngah macam ceti datang nak kutip hutang. Aku dengar ja sebab aku duduk dalam kereta. Yang perempuan masuk berehat dulu kat rumah pakngah kerana homestay untuk kami para lelaki soleh jam 8 baru dapat. Sambil duk berehat dalam kereta, aku di kejutkan alarm kereta afiq. Gampang. Nasib baik jumpa kunci kereta kat tepi. Apa lagi, berehatlah dengan haziq dengan vida dalam kereta. But kali ke3, let us take a selfie.




Afiq dengan razer p cari ayak, pakngah sampai bawa kunci homestay. Homestay kami kat belakang nuh, dulu awek2 slv yang duduk. Sampai dalam rumah apa lagi, vida dan toge dah perembat bilik yang ada aircond (bukan ekon) aku pun dengan letihnya mencapai tuala dan geng2 untuk mandi dulu baru tidoq. Dah siap mandi bentang bantal bukak tv tengok kartun, bukan tidoq kerana badan tiba2 segaq bak hang. Tapi takde kartun jadi tidoq jelah. Jam 9pagi tidoq, jam 11 celaka hantu raya afiq kacau tidoq plak, di gendang2 pintu bilik macam penyamun. Nak p amik kak eja je pun hahah. Akibat dari gangguan makhluk buntal tu, aku terus tak boleh tidur dengan vida. Kami pun golek kiri kanan, cita kiri kanan, fon kiri kanan sekali perut lapar kiri dan kanan. Apa lagi, jom p cari mamak pekena mee goreng sebelum makan tengahari kat rumah pakngah. Sebelum cari makan nampak ayak tebu dan kelapa muda tepi jalan, pekena dulu. Lepas tu beli selipar baru. Awek penang buat kerja kira selipar yang harga rm10.90 sampai 5 kali salah. Apa pun tak boleh. Apa lagi aku ngan vida meneruskan misi mencari kedai mamak yang di katakan terletak di belakang lorong. Silap belakang mybank. Hmmm ingat perempuan ja ka pandai berborak? Lelaki pun pandai borak. So sambil menunggu makan iaitu roti canai, mee belom ada lagi abang manis, kami boraklah. Adalah benda yang kami borakkan, mana boleh bagi tau, rahsia. Siap bungkus makan balik rumah tengok hantu laut afiq dah berdengkuq, apa lagi balas dendam, kacau dia tidoq lahhh hahahaha aku cukup suka. Roti canai dua keping di bedil oleh 3 gergasi dan seorang lidi. Kenyang makan membuta tapi sebelum membuta kasi jeles kat ekin dan messi yang aku ngan vida dah makan dulu. Dan tidoq tengahari. Agak tengahari para2 gadis mengejutkan kami kat wechat suruh datang rumah pakngah makan, hmmm haram jadah nak bangun, tak pasai2 pakngah datang rumah macam rambo kejut semua bangun. Baru tau. Ok macam biasa semua bangun siap2 p makan nanti tidoq balik, ada sorang mamat tu tak mandi hmmm harap dia baca kah kah kah. Makanan tengahari kami yang di sediakan khas oleh pakngah dan kak shima ialah Nasi tomato ka nasi apa? Lupalah.




Hmm apa lagi, makanlah. Tengah sedap2 makan malaun punya vida boleh bukak cerita pasal messi duk post moment ayat tadika yang bertulis "Lapaqq tapi makan cikitt, wattdaaheekkk" Aku tatau vida dengan aku menangis atau ketawa sambil makan duk ingatkan benda tu. Sumpah sangat kelakar, pada aku dan vida lah hahah. Oliey plak balas dendam kat vida bagi kaki ayam dengan leher ayam ja kat vida, padan muka kah3. Terima kasih pakngah untuk makan tengahari kami. Kenyang makan pihak perempuan suruh siap cepat nak p makan rojak tonggek. Amboi, baru lepas makan p makan lagi. Hmmm tiada masalah. Kami tidoq dulu. Kesian para wanita dan oliey menunggu kami yang tertidur kekenyangan kat warung cendoi bawah pokok. Dalam pukul 4 begitu jugaklah, kami pun gerak. Anie the galah girl juga dah sampai. Jadi bermulalah perjalanan kami beramai2 menuju ke rojak tonggek. Aku sungguh tak faham dengan vida hahah. Sampai kat rojak tonggek ramai orang tu, femes kot. Dan macam biasa let us kami semua take a selfie.





Kemudian apa plan kami, menuju ke stesen bus untuk ambil adie bebert. Yang hebatnya, bus yang adie naik tu ngam2 duk depan mata kami kah3. So sambil menunggu adie sampai ke kereta tu let me and vida and the others take a selfie. Gila selfie vida ni bak kata Ekin.




Sampainya adie kami pun bergerak naik ferry untuk p jumpa Hazirah anak mami penang. Kawan afiq, tak ramai yang kenai. Dalam perjalanan kami menaiki ferri ke paragon tu, Ya Allah, hanya tuhan yang tahu gilanya vida dan lain2. Selfie lah bos macam biasa apa lagi hahah. Tapi sorang tu mabuk laut. Turun tangga dekat seminit baru sampai hahahaha. Siapa? Hmm tanya dorang lah siapa dia mabuk laut tu hahaha.






Sesampai di paragon tu, kami sempat berbual dengan Optimus prime dan Bumbelbee. Katanya kerja part time sementara tunggu filem dorang keluar khamis ni (26/6/14) Call2 anak mami ni tak terangkat plak. Bila dah angkat katanya dia ada kat depan tu, aku tak nampak pun kat mana anak mami tu tapi the galah girl anie bertindak dengan pantas nampak terus kat mana si hazirah. Tak sia2 dia ada hahaha. Lepak borak2 kejap dengan zirah, berpisahlah kami dan bergerak ke rumah pakngah untuk mengambil barang2 bbq untuk bakaq2 kat tepi pantai. Dalam perjalanan kami pulang aku afiq dan vida umpama orang gila. Macam orang masuk air layan lagu sinar Fm. Sorry mamu terkutuk hang sekali hahaha. Sebelum sampai rumah, air di beli, makanan ringan pun ada kot di beli tataulah. Sementara menunggu barang2 bbq yang di beli dan di sediaakan oleh pak ngah gadis2 slv, kami para lelaki merehatkan badan kami. Ada yang tengok tv, ada yang mandi, ada yang bergusti. Celaka punya vida, oliey yang buat mata hang terhantuk dekat tiang bilik, aku yang hang bantai. Hang tak kenai aku ka? Adik the rock ni. Dua kali aku grip hang tanpa di saksikan budak2 ni tapi bantal tilam dan segala benda dalam bilik tu menjadi saksi aku tau hahahaha. Tapi saat2 kekalahan aku lah si afiq baru nak rakam. Haram jadah betul. Mastermind gath baru kena grip sikit kaki dah krem hahahaha. Afiq ni dalam diam dia suka snap gambar jubuq orang tau, hati2 oi. Jangan percaya mamat ni hahahahaha. Penat lelah aku dengan vida bergusti, lepak kat luar layan teo ais lah macam biasa. Tengah syok2 bising tiba2 dorang bukak tilawah Al Quran. Dari setannya perangai masing2 semua duduk diam. Alhamdulillah, masing2 dalam diri sedar akan kesilapan masing2. Terima kasih Ya Allah. Akibat letih aku sambung tidoq kejap, setengah jam punya tidoq aku boleh terbawa dalam mimpi gusti aku dengan vida, sampai the rock dengan cena betul2 muncul dalam mimpi aku tu. Pengaruh gusti kuat betul lah hahah. Masa untuk bbq dah bermula, aku plak macam malas nak p tapi p jelah, rugi kalau tak p. Apa lagi, parking rumah pakngah dulu, aku sambung tidurlah macam biasa. Siap2 semua pak ngah pun join ikut kami p bbq, kami gerak p ke pantai yang kami lepak malam tadi tapi aku tatau apa nama. Berpisah kami semua sebab afiq nak hantar anie dulu amik rider dia, sebab lepas bbq dia terus nak balik SP. Sepanjang perjalanan kami ke pantai, tukang tunjuk arah darth vader boleh tak ingat jalan plak hahah parah2. Anie plak aku tengok dah macam kamen rider dia bawak motor, dengan kain kat leher tu dah sama dah tapi boleh plak messi cakap "Dia pakai tudunglah" hahahah kalau tak faham abaikan hahah. Sebelum nak sampai ke pantai ada plak roadblock jpj kat depan tu, naseb baek hantu raya afiq ni ada lesen hahah dengan cermatnya aisy depan lesen belakang bang. Kami ingat kami sampai dulu ke pantai tapi tak, ingat sampai2 bolehlah terus makan ja hahaha. Sampainya kami di pantai, kami cari port yang baik untuk di jadikan lokasi pembakaran ayam. Cari kat tempat terang dekat kedai makan tu, adalah bolehlah. Di bentang kain berwarna unggu, di letakkan batu empat penjuru, di taburi nye arang2 kearangan, di bakar2 nya api untuk menghidupkan kaum api. Tak juga hidup. Hero penang gengster Mamu tengok ja dari jauh. Brader sebelah tu pun datang tolong kami bagi sikit apa nama arang pembakar ke apa jadah nama dia tataulah. Senang sikit untuk hidupkan api tu. Terima kasih bro. Atas usaha penang gengster mamu menghidupkan api bbq akhirnya berhasil. Bermacam2 ucapan yang di berikan oleh mamu sepanjang menghidupkan api. Dengaq boleh percaya jangan ok hahah. Setelah hidupnye api bbq, masing2 mengambil tugas untuk melakukan pembakaran terhadap ayam tersebut. Semua mengambil kerja, kecuali pakngah dan isteri serta adiknye. Kak eja yu mengambil peranan paling power sekali dengan memasakkan ayam dan hotdoq untuk kami semua.





Sepanjang pembakaran yang terjadi, macam2 hal yang kami buat. Aku punya plan dengan vida nak mamu duduk berdua dengan adie jadi tak menjadi pasal si vida duk haru birukan plan aku hahah. Aku duk panggil2 sorang2 dari tempat duduk tu kalau boleh nak biarkan mamu dan pak ngah ja, yang si oliey plak boleh buat2 bela duk layan ayam dia dulu hahahaha. Tapi mamu plak otak dia lagi bijak dia p kat 3 orang mamat main gitar tu suruh mai nyanyikan kat kami semua. Lagu apa ntah aku tataulah hahah. Sekali plan menjadi, hanya mamu dan adie duduk berduaan di kain ungu tersebut sambil di dendangkan lagu oleh 3 orang pemain muzik tadi. Memang terbaik dan sempoi orang penang. Terima kasih bro. Ayam masih di teruskan bakaq oleh aku dan mummy eja. Hotdog pun sampai hangit. Akhirnya setelah berhempas pulas berkipas2 siap juga makanan bbq kami. Afiq dengan rakamannya, ayin 2 pun sampai. Tapi masa kami menyiapkan makanan bbq pak ngah dah balik dengan isteri dia. Tak dapat nak bergumbira sekali. Siap makan2 lepak2 kejap, kami fikir apa yang kami nak buat. Jam pun dah menunjukkan pukul 2 pagi dan lebih. So masing2 pun berangkat pulang. Nak balik pun masih ada roadblock lagi. Haih alhamdulillah semuanya selamat dan berjalan dengan lancar. Tiada apa perkara buruk yang terjadi pada kami semua. Sekali lagi ingin ucapkan terima kasih banyak2 pada mamu sudi meluangkan masa bersama kami selepas balik kerja. Terima kasih sekali lagi. Sampainye kami di rumah macam biasa aku dengan bida berebut katil untuk rehat sebelum aku balik pagi dengan letti totetto A..K.A Ekin. Sambil duk rehat layan bola sekali. Aku macam biasa German boh, bangla mabuk laut ni sibuk nak sokong German aku kang kalah lagi team aku, dia amik Ghana hahaha sekali game seri 2-2. Hampeh betul hahaha. Ada masa satu jam untuk rehat sebelum balik kl. So aku rehat dulu bersama vida. Tak pelok ehh manja2 ja hahahah jangan percaya ya. Yang penting vida kalah ngan aku bukan menang. 10Minit pukul 5 dah siap2 bangun untuk balik, mandi2, jiwang2 kejap dengan toge cerap oliey vida, baru gerak pergi ke ekin. Hati ini ingin berbicara, berat hati nak berpisah dengan korang sebenarnya. Sebabnya kita ni jarang berjumpa. Susah boleh di katakan. Aku kejut afiq dari bangun tidur tak bangun2 hantu tu haha letih dia drive. Miss you bro. Mai kl macam biasa rumah aku ok. Aku tak pernah salam peluk dengan vida ini first time. Sebab aku banyak bergusti dengan dia. Dua2 duk meluah perasaan. Itu rahsia oooppp. Tak dapat nak jumpa pakngah pagi tu time balik sebab tengah tidur, jadi boleh ucapkan dari jauh dari laman ni ja pakngah. Harap pakngah baca. Kami semua terhutang budi dekat pakngah sangat2. Masa terlalu sekejap dan pakngah sudi habiskan masa bersama kami. Lagi pun Oliey dan pakngah sebenarnya dah lama tunggu kedatangan kami ke penang untuk berjumpa. Lagi2 oliey, aku dah janji dengan dia dari tahun lepas nak turun penang, siap dia call kawan dia untuk homestay tepi pantai tapi aku tak jadi. Jadi oliey, sepuluh jadi aku susun aku minta maaf bab tu, tak sengaja. Tapi akhirnya jumpa jugak kita semua. Dan pakngah, kami doakan kebahagian rumah tangga pakngah hinnga ke jannah, insyaallah ada masa kami datang lagi. Hanya Allah yang boleh balas segala jasa pakngah kepada kami. Terima kasih dari hari pertama hingga hari akhir. Untuk kali terakhir aku selfie dengan vida ekin dan toge, sebelum bergerak.



Sebak di dada tapi jantan sejati tak menangis ehh. Kami cool ja. Buat apa nangis2 ni. Dalam twitter boleh gaduh balik apa hahah. Aku ngan ekin memulakan perjalanan. Di mulakan dengan Bismillah, sekali pun jalan salah time balik tu hahah. Sebab vida kata terus je, tak kata belok kiri ka kanan. Ekin pun pecut ikut atas. Masuk highway pelik asal banyak hutan dan jalan tak macam jalan hari tu. Sekali betullah salah jalan, nak pergi Sungai petani plak. Kang jumpa anie plak nanti hahaha. Sampai tol sp tak salah baru tukar jalan balik. Naseb baek ada wave ka wase apa nama ntah. Tanak boring punya pasal tatau nak buat apa boraklah ngan ekin pasal gath pasal plkn pasal, haish rahsia hahah. Agak laju juga makcik ni bawa dan saya masih cool di sebelah. Sambil di temani lori roti gardinier. 5 kali potong tau. Aku ngan ekin selamat sampai kl alhamdulillah tapi ekin sampai ke putra dengan selamat Alhamdulillah. Terima kasih ekin kerana hantar aku balik. Lepas ni kita p makan mee udang tu plak ok hahaha Terima Kasih Ekin. Sampai aku di rumah, rehat kejap tak banyak cita rileks lagi sekejap, borak2 kat group tatau apa cita korang kat sana, terlelap kejap. Dapat panggilan dari kawan ajak p mandi air terjun malas nak pergi sebab letih. Kemudian korang ikut pak ngah ke pulau aman untuk makan2 dan jalan2 sebelum balik. Jadi kat situ aku tatau apa cita yang terjadi. Tapi satu cerita yang aku tau iaitu vida mabuk laut dan panas sebab makanan tak sampai lagi hahaha. Cerita selebihnya koranglah yang ceritakan. Hmmm aku bersyukur sebenarnya aku kenal dengan korang. Slv dan kawan2 kakilike yang lain (walaupun kejap je kat kakilike dulu). Dari gath pertama hingga gath penang ni, afiq orang yang paling selalu ada dan tak pernah miss. Gua salut lu bro. Bukan nak kata apa kl pun kau turun penang pun kau turun. Terima kasih fiq jadi kawan aku. Slv, terima kasih juga sebab semuanya ada yang sekepala untuk turun bersuka ria walalupun sekejap. Kita kenal dalam laman web, kita buat gath, kita jumpa ramai2, kita lepak ramai2, kita ketawa ramai2, kita nangis ramai2 (tataulah ada ke tak) kita pisah pun ramai2, kita bergembira pun ramai2. Ini dah cukup membuktikan yang kita semua ada sifat kawan yang jarang orang lain miliki. Aku tatau nak tulis apa lagi tapi hanya Allah yang tahu segalanya. Jika kita ada masa dan di izinkan Allah untuk berjumpa lagi, insyaallah kita akan berjumpa lagi. Kita serahkan segala2 nya pada yang maha kuasa menentukan segalanya. Terima kasih toge kerana buat gath ni, dan aku rasakan ini gath ke2 yang paling best aku pernah pergi. Sebab aku dapat lanyak vida. What else i wanna say i donnow. Aku rasa bersyukur kenal korang. Jadi puasa pun nak dekat, aku susun 10 sepuluh jari memohon maaf kepada semua yang ada masa gath dari awal hingga balik, jika ada salah silap, terguris hati perasaan kerana kelakuan aku dan cara aku, harap maafkan. Insyaallah next time aku buat lagi hehe joke. Jika ada makan minum terlupa bayar halalkan nanti aku bayaq balik. Afiq, bekas tapaweh jangan lupa bawak balik. Vida, bawa kereta tu biar berani sikit. Haziq, tayar kereta cek, oliey jangan senyap sangat aihh macam awek hang ni hahah apa lagi, tatau nak kata dah. Apa pun terima kasih semua. Selamat menyambut bulan Ramadhan Al mubarak yang mulia. Jangan lupa ganti puasa. Transformer woi khamis ni. Kin jom p tengok? Hahah tak lupa nak ucapkan selamat pengantin baru kat abang aku. Terima kasih semua :) 




"Friendship... is not something you learn in school. But if you haven't learned the meaning of friendship, you really haven't learned anything." Muhammad Ali.

No comments:

Post a Comment