selamat hari raya :)

askum hye selamat malam kepada blogger dan kawan2 yang kenal mahu pun tak kenal :) 
ape aktivity korang sekarang ?? ade yang tengah buat kuih raya ?? buat biskut raya ?? buat2 nak raya ?? HAHA :D mesti seronok kan di samping keluarga ramai2 kemas rumah,nak sambut raya yang akan tiba berapa hari saje lagi..pejam celik kejap je puasa dah nak habis..bila puasa tibe,nak puasa cepat habis,tapi bila raya tiba,nak pulak rasa nya tak nak habis puasa..HEHE tapi takpe setahun sekali kita puasa dan raya jadi terima sahaja :) ok korang dah shoping ke ?? 
ha korang nak tahu tak,adik angkat aku lah kan,dia punya shoping 1minggu tak habis2 lagi,aku tak tahu ape yang dia shoping..but me,terus terang aku kata kan,aku memang tiada berminat untuk beraya lagi..yelah,shoping hari tu pun,untuk ape tau,aku beli baju seluar and bagai2 semua nya untuk kerja je,bukan untuk beraya...even aku ade family angkat aku kat melaka,tapi setiap orang ingin kan keluarga mereka sendiri dan i dont have that one but aku tahu masih ade yang kekurangan dalam kehidupan dorang kat luar sana so aku harus bersyukur kerana aku ade family angkat aku,and mereka semua terima aku seada nya..i love them all..mereka lah keluarga aku sekarang..tapi tulah kan,raya ni aku kerja lah geng..nak balik macam mana,tak sempat dowh..huishh tiket sudah habis awal2 lagi...macam mana ??
 takpe,semua persedian untuk raya ni aku dah siap kan,baju ape semua  nya ade..aku guna baju raya tahun lepas nye,warna pepel,boleh la tu sebap baju tu pun boleh guna lagi..tak kan semua nya nak baru kan ;) korang macam mana ?? hari raya dah nak tibe,lengkap kan ape yang patut,cari sebelum terlambat..yang nak balik kampung,dengan mak ayah atau family,hati2,jangan kau orang ber evolusi kl drift pulak kat jalan raya tu,nak cepat sampai,tak pasal2 tak sampai,yang balik dengan awek,bini,kawan2,nak tunjuk eksyen,kereta hebat,ape pun tak boleh nanti..jangan lupa pula di pagi raya,yang kehilangan keluarga seperti aku,yang telah lama kehilangan mama tercinta,jangan lupa untuk singgah kubur pusara arwah ok.tak susah pun kan :) 
so kat sini aku sebagai salah seorang pungguna blogger,ingin mengucap kan,selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin..jika selama aku meng post kisah2 blog aku ade tersalah kata dan bicara,tersalah tutur kata dan sebagai nya,aku meminta maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki..di sini ade sedikit pantut raya untuk korang :)





Bolehlah digunakan untuk berFacebook & SMS rakan-rakan anda! :D

Pantun Lawak Hari Raya dan Pantun Aidilfitri :
Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman MMS pun dah kira grand lah ye..!
Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai MMS pun kira ok what?
Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang
Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri
Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia
Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan
Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan
Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah
Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

No comments:

Post a Comment