dapat juga bersih kan kubur arwah mama

askum hye blogger..selamat malam semua nya..kalau yang tengah kerja time2 ni macam aku selamat siang lah kan..haha ape korang tengah buat tu??
haa tengok xxxxx....iss2 jangan tak ajak aku kalau tengok power rangers ok..hehe jangan fikir kolot lol....haa aku nak share story sikit lah dengan korang yang membaca story aku ini...and thanks kepada yang hargai nya...


semalam aku balik kerja,aku ingat nak rehat kat rumah,tapi tibe2 je aku terfikir nak pergi ziarah kubur arwah mama aku kat karak..so aku pun pergi..dengan muka yang ngantuk tak tidur lagi,aku terus pergi kubur..lama kot tak pergi..aku selalu sibuk kan diri aku dengan kerja,lepak dengan kawan2 aku,sana sini,tak kan lah aku tak boleh nak ade kan masa sekejap untuk arwah mama...bukan susah pun..bersih2kan kubur,siram2 air,sedekah kan al-fatihah,bace doa..tak susah kan...so sesampai nya,aku bersih2 kan,then siap bace doa,aku pun cari orang yang jaga kubur kat kawasan tu..aku mintak tambah kan tanah kerana tanah kawasan arwah mama dah surut..


maklum lah dah lama aku tak datang,so,semak2 rumput2 semua panjang2,so pakcik tu akan tolong aku tambah kan tanah,rata kan tanah,besok aku akan singgah semula ke kubur arwah mama untuk tengok balik.hati aku rasa tenang je bila dapat singgah kubur arwah mama...selesai semua aku pun balik lah..tapi tadi hampir2 gak lah terbabas dari motor sebap ngantuk punya pasal..so nasihat aku,pasti kan korang cukup tidur kalau nak bawak kenderaan,ingat orang tersayang...ok..macam aku tape,aku takde siapa2..im the single human in this world..ade makna di sebalik ayat tu pada aku..




korang2 yang mana dah takde family tu,jangan lah abai kan mereka yang dah tiada..macam mana pun kita kena ingat pada diaorang yang dah takde..kerana mereka selalu berharap kan doa ketenangan dari kita..kalau kita sebagai anak,kita harus selalu mendoa kan untuk ketenanga arwah orang tua kita supaya mereka aman kat sana..tak lama,sekejap je,kita doa kan untuk mereka,doa supaya mereka di tempat kan di tempat orang yang beriman,jauhi dari api neraka dan seksaan neraka jahanam..jangan jadi seperti aku yang satu ketika dahulu tidak pernah bersyukur aku ade emak tetapi bila mama aku dah pergi,sehingga sekarang,sesalan aku tak pernah henti...





lagu ini untuk mu mama..sampai bila2 boboy tetap sayang kan mama..maaf kan boboy kerana tak pernah dengar nasihat mama..engkau lah segala nya mama :( 

2 comments: