thursday night

Assalamualaikum hai peeps. Salam jumaat hari segala penghulu :)
Baru dapat update lepas balik sembahyang jumaat tadi. Kalau nak ikutkan semalam lagi tapi ada perkara yang tak di ingini telah terjadi semalam yang membuatkan aku tak boleh bangun.




Semalam hari cuti aku ingatkan nak pergi tengok wayang ke jalan2 ke ngorat awek ke rembat orang ke kan tapi letihnya pasal so aku rehat jelah dekat rumah. Malaslah nak habiskan duit lagi2 dekat raya ni mesti ramai orang kat pavi ke, sungei wang ke, time's square ke, bla3 ke kan. Aku tahu aku target lepas isyak aku mesti keluar dari rumah sebap aku tahu malam jumaat aku tak suka ada kat rumah sebap tv3 suka sangat keluarkan iklan cita hantu so thats why i hate it. So aku set jam nanti bangun. But ntah macam mana aku terjaga pukul 9.45, aku tengok jam aku jadi terkejut. Aku try bangun tapi tak dapat, aku nak gerak badan ke kanan tak dapat, ke kiri tak dapat. So dengan tu aku paksa gerakkan badan terasa sakit sangat belakang badan aku tapi alangkah terkejut nya aku bila aku terlihat satu lembaga hitam betul2 pandang tepat ke mata aku. Hitam, besar, bengis. Dengan muka yang ganas seperti harimau hendak membaham mangsanya. Aku nak je menjerit tapi suara aku hilang so dengan tu aku buat2 tak nampak aku pun rebahkan badan aku semula dalam keadaan meniarap macam mula2 tadi. Dalam hati aku punyalah laju jantung aku berdegup2, menggigil sebap benda tu muncul depan mata. Then dalam keadaan bilik gelap aku tu jugak aku dapat capai mp3 sony aku, aku dengar bacaan yasin, then aku tertidur but still dalam keadaan meniarap. Then aku sedar balik tupun ngam2 azan subuh. Baru aku dapat bangun macam biasa aku bukak lampu capai apa yang sepatutnya, aku pun gerak p mandi. Lepas subuh aku terus keluar rumah p joging kat titiwangsa. Peliknya biasa aku boleh joging nonstop dalam 3 ke 4minit tapi pagi tadi tak sampai 15saat aku terpaksa stop sebap belakang badan aku yang sakit dan kaki aku yang membengkak secara tibe2. Ya allah hai aku rasa minum arak mabuk kiri kanan sebap kaki aku yang sakit ni. Cepat2 aku balik rumah aku lepak tempat keje aku. Ya allah aku tak boleh bayangkan masa time kejadian tu. Aku macam tak percaya dengan apa yang aku nampak. Unbelievable sampai sekarang badan aku still sakit2. Ya Allah Ya tuhan ku, ku memohon perlindungan dari mu Ya Allah. Lindungilah kami hamba2 mu yang lemah ini Ya Allah amin >.< 

No comments:

Post a Comment