24tahun dalam kehidupan alhamdulillah

Assalamualaikum. hye readers. Happy chinese new year to my friends, my bos, supervisor, manager and to my former plkn friends :)


" Alhamdulillah, aku bersyukur dengan segala nikmat yang kau berikan padaku ya ALLAH " . Selama 24tahun aku di dalam kehidupan aku macam2 yang aku belajar. Even aku tak sucsess macam orang2 lain tapi itu tak bermakna aku takda matlamat hidup. Even aku takda kereta itu tak bermakna aku takda masa hadapan. Tak bermakna aku takda motor ( sebenarnya dah ada tapi kena tibai ngan penyamun ) aku tak boleh bekerja. Yang penting semangat kita untuk mencapai matlamat tu tak pernah putus. Never give up. Apa yang aku buat hari ni ialah untuk masa hadapan aku. 24tahun aku hidup rasanya dah cukup enjoy and dah cukup untuk apa yang aku rasakan. Maybe sekarang aku tak dapat pergi hawai, jepun, amerika, new york city or las vegas or LA but i know someday i will make it. Maybe aku tak sehebat tony jaa yang pandai fighter tapi aku berminat untuk menjadi seorang fighter yang berjaya di masa hadapan jika tak keberatan. Mungkin aku tak sehebat the rock yang mempunyai body sasa toi2 ketoi punya tetapi aku juga manusia biasa yang inginkan body seperti beliau kerana ia salah satu dari impian aku. Mungkin aku tak sehebat bruce bilis yang berlakon letop sana sini, campak orang sana sini macam hak dia je. Tetapi aku juga pernah berlakon satu drama walau hanya sekejap tapi berlakon juga kekeke ( orang lain berlakon lagi hebat dari aku jangan banyak cita ). Dulu hidup aku selalu main2. Pantang pegang duit enjoy sana sini jumpa kawan bom sana sini. Tak reti simpan duit, tak ingat untuk masa depan. Yang aku tahu nak enjoy je sedangkan orang lain dah berjaya baru enjoy ni aku terkedek2 ketinggalan kat belakang. Haha budak sekolah sekarang ni keta pun dah ada tapi bukan atas usaha sendiri lah. Konform2 mak bapak yang belikan. So dah tentu tak pernah merasa hidup susah atau hidup merantau ni. Aku dah puas hidup merantau sana sini aku pergi. Duk kena pukul ngan orang, kena buli ngan orang tapi lama2 aku jugak di hormati balik. Bukan apa, kadang2 kita tak boleh diam bila kita kena buli. Kena berani kan diri. Biar musuh sejuta kita sorang asalkan kita tahu Allah always ada ngan kita. Rindukan tempat2 yang aku pernah pergi dulu. Rasa nak pergi balik jumpa dorang tapi belum ada masa so buat hal sendiri dulu lah jawabnya kekeke. Kawan2 aku pun ramai yang dah kahwin dah beranak pinak tinggal aku je yang belom. Target aku pun nak kahwin biarlah 8tahun lagi ( macam tua sangat pun ada ).  Yelah nak jaga anak orang bukan macam jaga diri sendiri kan. Diri sendiri tak makan takpe tapi kalau anak orang yang kita kahwin tak makan camna? Buat mati anak orang bangkit roh besok tak aman, dia kejarnya kita puncanya " asal abang tak bagi tipah makan dulu? Kan tipah dah mati kelaparan meh nak cekik abang". Ha tak pasal2 masuk paper lelaki mati kena cekik ngan hantu lapor. Jaga anak orang bukan senang. Macam2 kita nak kena bagi. Seorang suami kena beri apa yang sepatutnya kepada seorang isteri satu masa nanti, tapi ikut kemampuan kita lah ok. So baik aku kerja dulu untuk kukuhkan kewangan aku supaya satu masa nanti aku tak susah dan untuk pasangan hidup aku tak susah. Lagi pun orang tua angkat aku kat melaka lagi nak kena bagi gak duit even bukan family betul aku tapi mereka pun pernah bagi aku makan dulu so kena ingat jasa orang jangan jadi selfish. Memang hidup aku dari dulu alone. Takda mak ayah adik abang kakak di samping aku. Apa yang aku lakukan selalunya always alone. Dari dulu, mana je aku pergi. Jalan2, shoping, kebanyakannya aku alone. Sometimes rasa sunyi jugak kan sebap macam takda rasa kasih sayang tapi aku macam tak pedulikan tu semua. Malas mau fikirlah senang kata sebap kalau kita layankan perasaan tu, nanti makan diri kan. So aku biarkan je. So thats why sometime aku ada kawan2, adik abang kakak family angkat yang boleh accept aku. Alhamdulillah for everything. Sehingga kini aku always lagi alone and alone. But aku happy tengok kawan2 aku happy, tapi tak boleh tengok ada anak yang kurang ajar ngan mak bapak sendiri even aku ni bukan sapa2 pun. Jangan kurang ajar dengan parents kita sendiri even camna jahat dorang kat kita pasal takda mereka tada kita. Allah ada jadi berdoalah pada Allah selalu. Kita anak2 ialah pemberian Allah. Hargai orang tua kita jangan besok dah takda baru kesal takda makna. Hidup ni hanya kejap, harta dunia tak penting, yang penting "harta" yang ktia nak bawa ke akhirat besok. Tu yang penting. Jadi apa yang kita ada pada kehidupan sekarang ni, bersyukurlah. Jangan sesekali merungut. Itu tak bersyukur namanya. Sedangkan kita boleh pakai baju seluar tapi kat negara saudara kita kat sana hanya pakai kain je. Menahan kesejukan dan kepanasan. Kita kat sini boleh lagi makan nasi dengan kicap dorang kat sana, belom tentu lagi nasi pun dorang dapat jamah dalam masa satu hari. Kita kat sini dapat merasa segalanya walau macam mana kita susah tapi ingatlah, ada yang lebih susah yang dalam 10perkara yang kita dapat tapi 1perkara pun belom tentu mereka dekat sana dapat. Jadi hidup ni macam mana pun kita harus pasrah dengan apa yang terjadi, bersyukur dengan apa yang di beri, bertawakal selalu dengan maha yang memberi. Kita semakin hari semakin ke hadapan. Semoga kehidupan kita di lindungi oleh Allah selalu amin <3 :)


Fakta: Baru hari ni aku update blog ni panjang2. Bosan beno nya jadi story pasal hidup sikit kekeke :D

No comments:

Post a Comment