I miss my mama ;(

Assalamualaikum semua selamat pagi dan malam . Hari khamis 8hb 12 2011 . Hari y membuatkan aku teringat pada arwah mama aku secara tiba2 . Tak tahu kenapa sebap nya bila aku tengok salah satu status tentang kawan aku ahh seng bercerita tentang ibu dia aku jadi teringat pada arwah mama aku . Ya allah hanya tuhan saja y tahu macam mana perasaan aku sekarang ni punya lah rindu kan arwah mama . Lagi pun ia membuatkan aku rindu kan tentang segalanya tentang arwah mama . Care mama,masakan mama,leteran mama,kemarahan mama,all about my mama . You know,masa umur aku berapa tahun ntah aku pun ingat tak ingat . Mama marah aku pasal aku terlalu degil . Lari rumah tahu2 lah kan macam mana . Jangan harap nak balik kan sebap tahu batang paip getah paip ke akan nyinggap kat badan ni haa . Haha bila kena tibai sekali insaf la kejap jadi budak baik kejap nanti buat balik . Curi duit pulak kali ni tapi tak mengaku . Amik duit pergi lepak dengan geng main game counter strike . Rm10 pun masa tahun 2001 2002 mahal oo,macam2 boleh dapat tau . Maen cc 1jam rm1 ada balen rm9 banyak tu zaman kanak2 aku dulu haha . Bila dah kantoi curi kena lah pulak sebat lagi dengan kayu pulak singgap kat badan ni haduiiii sakit bro haha . Zaman sekarang haishhh takde pun lah benda2 ni . Salah silap sikit anak2 mak bapak biarkan je . Pandang sebelah mata pun ada rasa nya . Takde bantai2 ni nanti takut anak lari rumah ikut bf lari ke lombok siam sana kahwin lari . Zaman kanak2 aku dulu masyaallah memang setan ya amat . Malam khamis ada ceramah agama kat masjid bukan nya semata2 nak pergi dengar ceramah tapi sebap nak makan free je . Nanti dapat bungkus bawa balik kalau tak habis haha . Orang sembahyang kat depan kitaorang buat hal curi makan,lepak2,usap2 bontot pak imam maen baling selipar lah haha macam2 weyhhh . Rasanya zaman sekarang ni mana ada benda2 tu semua kalau tanya and cerita pun dorang tak tahu nya lah . Maklumlah zaman sekarang dengan zaman dulu mana sama . Dulu zaman tun dr mahathir sekarang zaman najib tu y tak sama . Lagi2 bab lepak mana ada macam zaman sekarang . Zaman sekarang lepak kat mana ? Pavilion time's square sungei wang . Zaman dulu lepak , taman lah tempat lepak , ngorat anak dara orang , mandi lumpur mandi sungai rider ramai2 penat panas semua sama2 lah dengan kawan2 . Kalau ada masalah je same2 kawan datang jumpa mak bapak kat rumah kena marah sama2 gembira sama2 susah sama2 sekarang lantak lah . But apa y istimewa about my mama is masakan nya . My mama was the best . No one can replace he;'r in my heart because ibu ialah bukan sesuatu y di tukar ganti dan tak kan ada pengganti nya . Even aku tak selalu rapat dengan arwah mama but aku tetap pernah merasakan kasih sayang mama walaupun mama garang haha . Garang2 pun ada lembut nya bila dah kena lawak aku gelak jugak dia . Mama tahu je makanan kesukaan aku masakan singgang dengan budu perghhh tu y buat aku sayang kat mama sangat but now aku terpaksa masak sendiri kerana mama tak boleh nak masak kan lagi untuk aku . Bila kita kehilangan seseorang y berharga dalam hidup kita baru kita akan menyesalinya dan menghargai dan mengingatinya . Pada korang y masih lagi mempunyai ibu , please lah jaga hati ibu korang jangan lah sakiti hati ibu kita . Sejahat mana dosa nya ibu kita seteruk mana ibu kita buat pada kita dia tetap ibu kita . Tanpa dia kita tidak ada di dunia . Jangan meninggi kan suara walaupun sedikit . Jangan membantah apa y di katakan . Tak cium bau syurga kita nanti . Kita harus selalu mendoakan kesejahteraan ibu kita . Mendoakan y terbaik untuk ibu kita . Biar hati mereka tu lembut dan peranan kita sebagai anak2 sangatlah penting . Tolong jangan jadi seperti aku . Aku tidak sempat memohon ampun kepada arwah mama sebelum arwah pergi . Tetapi alhamdulillah ALLAH telah mengizinkan aku memandikan arwah . Akan ku ingat selalu jasa mama kepada ku dari ku kecil hingga besar . Menjaga makan dan minum ku . Mendidik ku dari kecil hingga ke besar . Tidak kira penat lelah letih tetapi mama tetap menjadi y terbaik . Kerana tunjuk arwah aku berjaya hingga ke hari ini . Aku reti memasak dan mengemas rumah macam awek tau haa . Awek pun belom tentu ada y macam aku :P haha 
Apa pun aku bersyukur kepada ALLAH kerana aku di kurnia kan mama y menyayangi aku . Boboy always sayang kan mama . I love you mama :) 




Bismillahhirahmanirrahim . Ya allah ya tuhan ku kau ampun kan lah dosa2 ibu ku ya allah . Kau tempat kan lah mama di tempat orang y beriman . jauhi lah mama dari apa neraka mu ya allah . Amin ya rabbal alamin ! 

No comments:

Post a Comment